Resipi Pajeri Nenas (Daging)
Gambar diatas sekadar hiasan
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, kebiasaannya kita dengar pajeri boleh dicampur dengan nenas,terung,udang,ayam, tapi kini kita akan buat campuran pajeri nenas + daging.
Tips bagi daging lembu lembut
1) rendam dengan air teh O panas(tanpa gula/susu/apa2 campuran)
2) perap daging dengan baking powder
3) ini cara common orang buat rebus daging tapi campur sudu/garfu sekali yer lagi mudah proses untuk melembutkan isi daging tersebut
Bahan-bahan diperlukan :
a) Daging lembu (potong kiub)
b) Nenas, (sama ada nenas sebiji tu atau nenas dalam tin, saya guna dalam tin sebab nenas diperlukan dalam kuantiti sikit sahaja untuk stabil rasanya dgn daging)
c) Bawang putih,merah,halia (dihiris)
d) Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
e) Rempah kari daging (bancuh dgn air suam panas campur sekali dgn daun kari yer supaya bila menumis bau dia aummm)
f) Kerisik (sikit sahaja letak based on kuantiti daging dan nenas kalau banyak jadi rendang pula)
g) Garam,gula,maggi secukup rasa (saya prefer maggi secukup rasa, kalau anda prefer ajinomoto ke pasti sedap itu terpulang)
h) Santan (normally saya guna santan KARA sebab pati dia pekat tak kedekut,lagi syok beli kelapa parut pastu ramas jadi santan)
i) Udang kering (WAJIB) sebab apa wajib kalau takde,tak menjadi la PAJERI gituuu
Cara2 :
1) Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan C,D,E,I tu sehingga naik bau.
2) Masukkan kerisik, kacau dan masukkan daging
3) Masukkan santan sikit then tambah air, had sukatan air tu setakat hapus daging yg kamu masukkan
4) Letak garam,gula,maggi secukup rasa, (agak2 ngam dgn citarasa kamu ha da cukup)
5) Masukkan nenas kacau sebati
6) Kacau sampai kuah jadi separa pekat, ha siap untuk disantap!
SELAMAT MENCUBA!

Comments
Post a Comment